Saturday 11 May 2013

HARTA INTELEK

Assalamualaikum w.b.t Apa khabar semua, sihat tak?...lama btl blog ne tidur knnnnn hehhe maaf10x yer lately ne terrrlalu busy..                                                                                                                                           



 Dalam kita sibuk hal duniawi ini ingt tak dah masuk bulan ape.....huah dh BULAN REJAB.hehhe la dulu zaman-zaman kecil dulu bila orang cakap dh masuk bulan rejab tau nya dh nak puasa than tau nk BERAYA saje...
JOM pertingkatkan amal kita..SELAMAT BERAMAL...


Doa Bulan Rejab




Apa itu Harta Intelek???
Merujuk kepada beberapa jenis ciptaan fikiran berlainan, reka cipta, karya sartera & seni, symbol, nama & imej yang digunakan dalam dagangan dan mempunyai hak esklusif diakui di bawah bidang undang-undang berkait.

 Di bawah undang-undang harta intelek, pemegang salah satu dari harta-harta yang bersifat abstrak ini mempunyai hak-hak eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta.

Dalam Harta Intelek terdapat 8 kategori iaitu:-

  1. Paten
  2. Cap Dagangan (Trademark)
  3. Hak Cipta ( Copy Right)
  4. Reka Bentuk Perindustrian
  5. Petunjuk Geografi
  6. Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu
  7. Pembaharuan Utility
  8. Rahsia Perdagangan / Maklumat Yang Tidak Diketaui


PATEN 
 Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap sesuatu reka cipta sama ada satu produk atau proses untuk menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu atau untuk penyelesaian teknikal terhadap sesuatu masalah.

 Reka Cipta yang boleh dipatenkan
• Baru yang bermaksud sesuatu reka cipta itu masih belum
dizahirkan kepada awam di mana-mana di dunia ini
• Mempunyai langkah merekacipta yang tidak ketara kepada
seseorang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman di
dalam bidang reka cipta tersebut
• Dapat digunakan kepada industri yang bermaksud dapat dibuat
atau digunakan untuk berbagai jenis industri



Paten skin sentuh oleh syarikat APPLE


Apple Memfailkan Paten Untuk Peranti Dengan Paparan Skrin Melengkung






CAP DAGANGAN ( TRADEMARK)

Tanda yang diletakkan pada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh seseorang pengeluar untuk mengenal dan membezakannya daripada barang atau perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh pihak lain
.


Contoh TradeMark "Word mark"  yang terdapat dipasaran


HAK CIPTA ( COPY RIGHT )
Hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang kepada pemilik karya seperti karya sastera, seni, muzik, rakaman bunyi, filem dan siaran untuk mengawal karya tersebut bagi satu tempoh yang telah ditetapkan.




Halaman