Thursday 13 June 2013

Bagaimana Untuk Mereka Cipta

Assalammualaikum semua, entry kali ini saya ingin berkongsi mengenai projek yang saya laksanakan dalam krusus Asas Reka Cipta..oleh itu sy akan menceritakan daripada mula proses mendapat tema projek sehinggalah ke proses pembuatan model.ok jom kita mula kan....


 

Pada minggu ke-2 kulia kami diberikan tema bagi menjalankan kajian utk melaksanakan proses mereka cipta. tema yang kami dapat adalah IKS. oK untuk mereka yg tidak mengetahui apa itu IKS, ia ada singkatan kpd industri kecil sederhana dimana, Industri kecil dan sederhana (IKS) ini merupakan industri yang bertaraf tempatan. Skala operasinya kecil berbanding dengan industri multinasional yang besar. IKS juga mempunyai nilai jualan tidak melebihi RM 25 juta setahun dan mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang

 
 Malaysia terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh  daripada kerajaan  antaranya:-
pertanian,    
perikanan,
penternakan dan ,
pemprosesan makanan
Seterusnya sy dan ahli kumpulan menjalankan lawatan ke perusahaan-
perusahaan yang menjalankan perniagaan IKS. Lawatan ini dijalankan bagi 
mengenal pasti masalah yg mereka hadapi dan boleh selesaikan. 
Antara IKS yg kami lawati adalah perusahaan Tauhu, penternakan kambing, 
pembuatan kuih-muih, pertanian dan pembuatan roti. Kami dikehendaki 
mengenalpasti 3 latar belakang masalah bagi 3 jenis perusahaan.

Pemilihan Projek
MS1. Pembuatan Tauhu : Pencetak Tauhu



Latar Belakang Masalah:

Ø Alat dan bahan yang tidak praktikal.
Ø Tidak dapat memenuhi permintaan pasaran.
Ø Peruntukkan masa yang lama.
Ø Kaedah yang tidak sistematik.
Idea : 
  Penghasilan satu alat yang mempunyai satu kaedah yang sama untuk kegunaan 
 dua produk yang berlainan.

Thursday 30 May 2013

PRINSIP REKA BENTUK

Assalamualaikum semua, ape khabar, harap semua orang sihat sejahtera..terutama mereka yang sedang membaca blog ini,semoga sentiasa dirahmati dan Dikasihi oleh ALLAH S.W.T serta di senangi oleh semua orang di sekeliling kita..

lama rasenya tidak berceloteh diblog ini, ialah sekarang ni terlalu sibuk dengan tugasan sebagai Mahasiswa hehehe,,,minggu ini merupakan study Week..minggu depan Final EXAM, doakan untuk saya yer.
entry kali ne saya sgt2 teruja untuk berkongsi mengenal PRINSIP REKA BENTUK


 Prinsip reka bentuk adalah konsep untuk menyusun maklumat visual. Ia merupakan satu gambaran tentang bagaimana kita mengamati dan memproses maklumat visual serta merupakan idea bagi menghasilkan imej dua dimensi. Prinsip reka bentuk akan membantu kita membuat keputusan tentang bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen reka bentuk.

Prinsip-prinsip reka bentuk :
 1. Keseimbangan
  •   Kestabilan memberikan kesan keseimbangan secara psikologi
  •  Sebagai prinsip reka bentuk, keseimbangan menempatkan komponen komponen visual dalam susunan yang menarik secara estetik
  •  Keseimbangan formal berlaku apabila dua sisi berada dalam keadaan susunan yang simetri
  • Keseimbangan informal terjadi apabila sisisisi tidak simetri secara tepat tetapi masih menghasilkan imej yang seimbang 
  • Keseimbangan informal bersifat dinamik berbanding dengan keseimbangan formal dan lazimnya dapat mengekalkan fokus seseorang terhadap mesej visual tersebut
  • Jenis-jenis keseimbangan :
    • keseimbangan mengufuk
    • keseimbangan menegak
    • keseimbangan radius 
      

 Susunan yang seimbang                                                          keseimbangan antara kerja dan kehidupan


                                              
 2. Perspektif
  • Perspektif dihasilkan apabila objek dalam ruangan dua dimensi disusun agar kelihatan lebih realistik
  • Perspektif memberikan makna hubungan antara objek-objek yang dilihat dalam suatu ruang
  • Perspektif mewujudkan sifat realisme kepada imej visual. Saiz satu segi empat kurang bermakna sehingga ada satu objek lain yang mampu memberikan kesan tambahan seperti saiz satu meja
    atau saiz satu bangunan
  • Persepsi boleh dicapai melalui penggunaan saiz objek yang relatif,  Objek yang bertindan, dan objek yang dikaburkan atau dijelaskan
                        

3. Harmoni
  • Harmoni bermakna semua komponen imej visual berhubungan dan melengkapi satu sama lain
  • Harmoni menggabungkan komponen-komponen suatu imej visual 
  • Harmoni boleh dicapai melalui pengulangan dan ritma.
  • Pengulangan menekankan unit-unit visual, menyambungkan bahagian dan menghasilkan satu kawasan perhatian.
  • Ritma merupakan pergerakan yang ditunjukkan dalam satu visual. Ritma membantu mengarahkan pergerakan mata.
  • Corak atau bentuk dapat membantu mencapai harmoni.Dengan mengulangi corak dalam susunan yang menarik, keseluruhan imej visual akan bersatu.
                               

4. Kesatuan atau Paduan
  • Kesatuan merupakan hubungan di antara elemen-elemen visual yang dapat menjadikan elemen tersebut bersatu dan bermakna. Ini bermakna, perkataan dan imej bersatu dan menghasilkan makna
  • Kesatuan membantu menyusun suatu imej visual, membantu interpretasi dan pemahaman
  • Visual ini mengelirukan. Perhubungan di antara pelbagai bahagian amat sukar untuk dilihat dan difahami.
  • Dengan kesatuan, visual ini sekarang lebih tersusun dan mudah untuk difahami.
                                                   

Saturday 25 May 2013

HARTA INTERLEK Samb...



OHHHHH noooooo tak tau la knp sy nk save tak boleh nk publish pun tak boleh so terpaksalah buat 2 post untuk entry kali ne....

..................................................




REKA BENTUK PERINDUSTRIAN

Ciri-ciri rupa bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan  terhadap suatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian yang mana ciri pada barang yang disiapkan adalah
menarik di pandangan mata.




PETUNJUK GEOGRAFI 

Petunjuk yang mengenal pasti indikasi dari mana sesuatu barang itu berasal di mana kualiti kerja, reputasi atau lain-lain ciri barang tersebut dikaitkan dengan tempat asal ianya dikeluarkan.


   









REKA BENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU

Susunan tiga dimensi unsur-unsur sesuatu litar bersepadu yang disediakan bagi sesuatu litar bersepadu yang dimaksudkan untuk di kilang.


 
PEMBAHARUAN UTILITI

Pembaharuan utiliti adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap sesuatu reka cipta ‘minor’ yang tidak memerlukan ujian langkah mereka cipta sebagaimana yang diperlukan untuk mendapatkan
paten
.



 
RAHSIA PERDAGANGAN / MAKLUMAT YANG TIDAK DIKETAHUI

Merupakan maklumat yang terlindung yang secara amnya tidak diketahui dikalangan atau yang tersediaada kepada mereka yang selalunya berurusan dengan jenis maklumat yang sedemikian dan yang mempunyai nilai komersil kerana maklumat tersebut adalah rahsia dan mereka yang mempunyai kuasa kawalan ke atas maklumat tersebut telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat tersebut sebagai rahsia.


Rahsia resepi kesedapan Ayam goreng yang tidak diketahui hinggaa kini
   





Bergitu juga dengan Air ini, tidak didedah kan resepinya
     





SETERUSNYA :-

 



Halaman