Thursday, 13 June 2013

Bagaimana Untuk Mereka Cipta

Assalammualaikum semua, entry kali ini saya ingin berkongsi mengenai projek yang saya laksanakan dalam krusus Asas Reka Cipta..oleh itu sy akan menceritakan daripada mula proses mendapat tema projek sehinggalah ke proses pembuatan model.ok jom kita mula kan....


 

Pada minggu ke-2 kulia kami diberikan tema bagi menjalankan kajian utk melaksanakan proses mereka cipta. tema yang kami dapat adalah IKS. oK untuk mereka yg tidak mengetahui apa itu IKS, ia ada singkatan kpd industri kecil sederhana dimana, Industri kecil dan sederhana (IKS) ini merupakan industri yang bertaraf tempatan. Skala operasinya kecil berbanding dengan industri multinasional yang besar. IKS juga mempunyai nilai jualan tidak melebihi RM 25 juta setahun dan mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang

 
 Malaysia terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh  daripada kerajaan  antaranya:-
pertanian,    
perikanan,
penternakan dan ,
pemprosesan makanan
Seterusnya sy dan ahli kumpulan menjalankan lawatan ke perusahaan-
perusahaan yang menjalankan perniagaan IKS. Lawatan ini dijalankan bagi 
mengenal pasti masalah yg mereka hadapi dan boleh selesaikan. 
Antara IKS yg kami lawati adalah perusahaan Tauhu, penternakan kambing, 
pembuatan kuih-muih, pertanian dan pembuatan roti. Kami dikehendaki 
mengenalpasti 3 latar belakang masalah bagi 3 jenis perusahaan.

Pemilihan Projek
MS1. Pembuatan Tauhu : Pencetak Tauhu



Latar Belakang Masalah:

Ø Alat dan bahan yang tidak praktikal.
Ø Tidak dapat memenuhi permintaan pasaran.
Ø Peruntukkan masa yang lama.
Ø Kaedah yang tidak sistematik.
Idea : 
  Penghasilan satu alat yang mempunyai satu kaedah yang sama untuk kegunaan 
 dua produk yang berlainan.

Halaman