Thursday 13 June 2013

Bagaimana Untuk Mereka Cipta

Assalammualaikum semua, entry kali ini saya ingin berkongsi mengenai projek yang saya laksanakan dalam krusus Asas Reka Cipta..oleh itu sy akan menceritakan daripada mula proses mendapat tema projek sehinggalah ke proses pembuatan model.ok jom kita mula kan....


 

Pada minggu ke-2 kulia kami diberikan tema bagi menjalankan kajian utk melaksanakan proses mereka cipta. tema yang kami dapat adalah IKS. oK untuk mereka yg tidak mengetahui apa itu IKS, ia ada singkatan kpd industri kecil sederhana dimana, Industri kecil dan sederhana (IKS) ini merupakan industri yang bertaraf tempatan. Skala operasinya kecil berbanding dengan industri multinasional yang besar. IKS juga mempunyai nilai jualan tidak melebihi RM 25 juta setahun dan mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang

 
 Malaysia terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh  daripada kerajaan  antaranya:-
pertanian,    
perikanan,
penternakan dan ,
pemprosesan makanan
Seterusnya sy dan ahli kumpulan menjalankan lawatan ke perusahaan-
perusahaan yang menjalankan perniagaan IKS. Lawatan ini dijalankan bagi 
mengenal pasti masalah yg mereka hadapi dan boleh selesaikan. 
Antara IKS yg kami lawati adalah perusahaan Tauhu, penternakan kambing, 
pembuatan kuih-muih, pertanian dan pembuatan roti. Kami dikehendaki 
mengenalpasti 3 latar belakang masalah bagi 3 jenis perusahaan.

Pemilihan Projek
MS1. Pembuatan Tauhu : Pencetak Tauhu



Latar Belakang Masalah:

Ø Alat dan bahan yang tidak praktikal.
Ø Tidak dapat memenuhi permintaan pasaran.
Ø Peruntukkan masa yang lama.
Ø Kaedah yang tidak sistematik.
Idea : 
  Penghasilan satu alat yang mempunyai satu kaedah yang sama untuk kegunaan 
 dua produk yang berlainan.

 
............................................................
MS 2. Penternakan Kambing : Alat Pengumpulan Najis Ternakan

Latar Belakang Masalah:


Ø Pengumpulan yang tidak praktikal.
Ø Memerlukan tenaga pekerja.
Ø Kebersihan ( terdedah kepada penyakit ).

Idea :

Mengurangkan sentuhan secara  langsung kepada najis dalam  pengumpulan najis 
haiwan ternakan.
.......................................................

MS 3. Pertanian : Alat Mencabut Ubi Kayu


 Latar Belakang Masalah:
Ø Kaedah mencabut ubi kayu yang tidak praktikal.
Ø Mencabut secara satu persatu.
Ø Penggunaan tenaga kerja yang banyak.
Ø Memerlukan pekerja yang ramai.

Idea :
Menghasilkan alat yang membolehkan ubi kayu dicabut secara serentak ( 4 hingga 5 batang ) dalam satu masa.

.............................................

Hasil daripada perbincangan bersama-sama dengan ahli2 kumpulan yang lain kami telah memilih masalah 1 iaitu pencetak tauhu.

Penyataan Masalah 
 Berdasarkan hasil kajian lapangan yang telah kami lakukan, pengusaha IKS (Industri Kecil Sederhana) mengatakan bahawa pembuatan tauhu masih menggunakan kaedah tradisional dan memerlukan pengendalian secara manual. Kesukaran yang paling ketara dihadapi oleh pengusaha tauhu adalah kesukaran untuk memenuhi permintaan pemasaran dan ini akan mengurangkan pengeluaran produk mereka. Masalah ini disebabkan oleh alatan dan bahan yang digunakan oleh pengusaha adalah tidak praktikal. Selain dari itu, proses pembuatan tauhu juga mengambil masa yang lama serta kaedah yang digunakan untuk mencetak tauhu tidak sistematik. 

Penjanaan Idea

Bagi menjana idea sy mengunakan kaedah 4W 1H iaitu :
 
 WHO  
Produk ini direka untuk kegunaan pengusaha-pengusaha IKS yang mengusakan pembuatan tauhu.

WHY
 
Alat sedia ada yang digunakan tidak sistematik untuk digunakan kerana diperbuat daripada kayu, pengunaan alat sedia ada untuk mencetak tauhu memakan masa yang lama kerana alat hanya boleh mencetak sahaja. Manakala untuk memotong dan memadat terpaksa mengunakan alatan lain.

WHEN
 
Alat ini digunakan semasa proses pembuatan tauhu iaitu semasa kerja menerap tauhu dibuat. Kerja-kerja pencetakkan ini dijalankan selepas kacang soya dihancurkan dan diperah susunya seterusnya susu soya ini dimasak dan diletakkan suatu bahan pengeras untuk dijadikan tauhu.selepas itu barulah kerja pencetakkan dibuat.

WHAT
 
Dengan mereka ataupun menghasilkan suatu alat yang boleh memudahkan kerja-kerja pencetakan dan mempercepatkan penghasilannya seterusnya boleh meningkatkan hasil pengeluaran.

HOW 
Mereka bentuk suatu alat yang mempunyai kelengkapan mencetak,memadat dan memotong tauhu. Alat ini diperbuat daripada bahan yang bermutu tinggi iaitu ( stainless steel ). Dengan adanya alat ini kerja pembuatan tauhu dapat dilakukam dengan mudah dan cepat kerana kesemua proses dibuat dengan mengunakan satu alat sahaja sekaligus pengusaha tauhu tidak perlu mengupah ramai pekerja.
.....................................................

Objektif Reka Bentuk
Objektif  mereka produk pencetak tauhu ini adalah seperti berikut:

v    Memudahkan proses pembuatan tauhu
v    Menjimatkan masa pembuatan tauhu
v    Menggurangkan jumlah tenaga kerja
v    Menjadikan proses pembuatan tauhu lebih sistematik
v    Menghasilkan jumlah pengeluaran lebih banyak

                                                     ..................................................
Kepentingan Produk
Produk ini penting bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengusaha tauhu. Tujuan produk ini dihasilkan adalah bagi meningkatkan hasil pengeluaran produk pengusaha. Produk ini juga bagi memudahkan lagi pengusaha mengendalikannya dan memberikan hasil yang memuaskan seperti yang dikehendaki oleh pengusaha dalam memajukan lagi industri kecil sederhana (IKS).

...................................................

Justifikasi Pemilihan Produk
i.          Diperbuat daripada stainless steel.
            ii.         Alat yang mudah dikendalikan.
            iii.        Mempunyai lebih dari satu fungsi ( memadat, mencetak, dan memotong )
            iv.        Menjimatkan masa proses pembuatan tauhu.
            iv.        Mengurangkan tenaga manusia.

.......................................................
 
Pembinaan Model
 Prosedur kerja yang terlibat dalam penghasilan model bagi projek percetakan tauhu ialah:-
  1. Pemilihan bahan
  • Setelah pemantauan rapi dijalankan, pemilihan bahan bagi menghasilkan model dilakukan.
  • Bagi model yang dihasilkan, bahan asas yang digunakan ialah kayu, Foam dan PVC Foam.
  • Kayu dipilih kerana ia mudah untuk menghasilkan sesuatu kerangka model. 
  •   Manakala, foam pula digunakan untuk menghasilkan komponen yang spesifik kerana ia mudah dibentuk.
  •    Pemotong bagi pencetak tauhu bagi model ini menggunakan PVC Foam, kerana sesuai dengan bentuk sedia ada PVC Foam berkenaan. 
     2.  Penghasilan model
  •     Model dibuat dengan menghasilkan kerangka tauhu terlebih dahulu.
  •    Saiz bagi pencetak tauhu juga diambil kira mengikut piawaian yang ditetapkan.
  •   Pisau pencetak yang diperbuat daripada PVC Foam, memerlukan ketelitian yang tinggi kerana ia mudah patah.
  •     Setelah pencetak tauhu siap dipasang, acuan bagi menuang adunan pula dilakukan mengikut saiz pencetak tauhu.
    3.   Proses pemasangan
  • Proses pemasangan bermula dengan mencatumkan kerangka model.
  • Setelah semua komponen model telah siap, ia dipasang mengikut lapisan yang telah ditetapkan.
   4. Hasil kerja






 





















Model ini terdiri daripada Pencetak, pemadat dan pemotong yang mengunakan konsep (3 in 1)

.............................................
Kajian pasaran

Terdapat empat prosedur kajian pasaran iaitu:

1) Membuat kajian awal.
Membuat kajian awal ini dengan mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber yang mudah didapati seperti daripada pencarian website.


2) Membuat pemerhatian terhadap produk sedia ada.
 

Mengkaji kekurangan yang terdapat pada permaianan sedia ada dan menyenaraikan kelebihan dan kelemahan untuk dikembangkan dalam perjalanan idea.


3) Menyenaraikan strategi pasaran sedia ada.
 

Menyenaraikan starategi pasaran sedia ada adalah perlu kerana untuk mengenalpasti sejauh mana produk yang sedia ada dipasarkan.

4) Melakukan temuduga.

Tujuan temuduga adalah untuk mengenalpasti sama ada produk sedia ada memberi kepuasan atau sebaliknya kepada pengguna. Menceri masalah yanh dihadapi oleh pengguana produk.

.............................................. 

 
Hasil Kajian Pasaran
  Mengunakan formula SWOT :

S = Kekuatan/Stenght
Produk sedia ada: bahan yang digunakan adalah murah
Produk yang direka : memudahkan kerja-kerja pembuatan tauhu kerana direka ( 3 in 1)

W = Kelemahan / Weakness
Produk sedia ada : pengunaan masa yang banyak dalam proses pembuatan tauhu
Produk yang direka : bahan yang digunakan untuk bagi penghasilan produk adalah mahal

O = Peluang / Opportunity

Produk sedia ada : tiada peluang dijumpai dalam kajian
Produk yang direka : meningkatkan peluang pengusaha menambah keuntungan kerana penggunaan alat yang sistematik

T = Ancaman / Threat
Produk sedia ada : resiko menyebabkan pekerja keletihan dan lenguh anggota badan ( tidak egronomik pada pengguna )
Produk yang direka : Berkemungkinan tidak mendapat sambutan dipasaran kerana harga yang mahal


......................................... 

Kos model

Bahan
Harga
Kayu
RM 30.00
Skru / Engsel
RM 6.00
Paku 1” & ½”
RM 1.00
Pengunci
RM 3.50
                      JUMLAH
RM 40.50

Kos Produk Sebenar
 
Bahan
Harga
stainless steel
RM 450.00
Skru / Engsel
RM 6.00
Pengunci
RM 6.00
                      JUMLAH
RM 462.00

................................................ 

Kekuatan dan kelemahan Produk
 Kekuatan
  • Diperbuat daripada bahan yang bermutu iaitu stainless steel
  • Mudah dikendalikan
  • Mempunyai fungsi yang banyak dan pelbagai (3 in 1) iaitu mencetak,memadat dan memotong
  • Mengurangkan pengunaan tenaga kerja

Kelemahan
  • Diperbuat daripada bahan yang mahal
...............................................

Lukisan Kerja


 ........................................
Poster


................................................
Kesemua proses Mereka cipta ini di dokumentasikan di dalam buku Idea, Nk lihat tak buku idea sy hehhe...
Sy harap dengan pengkonsian yg dpt sy berikan sepanjang sy mempelajari krusus Asas Reka Cipta ini dpt kita gunakn bersama-sama dan dpt kita gunakan kearah kebaikan..akhir kata sy mohon maaf sekiranya spnjg penulisan sy ini bnyak kesalahan dr segi penyampaian,penyusunan ayat mahupun kesalahan ejaan, sesungguhnya yang buruk dtg dr diri sy yg kerdil lg hina ini dan sesuatu yg baik itu dtgnya dr ALLAH S.W.T. Assalammualaikum..





No comments:

Post a Comment

Halaman