Thursday, 28 March 2013

DEFINISI MODEL, PROTOTAIP DAN MOCK-UP

 

18 MAC 2013

Assalamualaikum w.b.t hai apa khabar semua,hopefully semuanya sihat2. ehmm lama sudah sy tak update blog ini maaf cz sesanggt la bizzzzeee huahua ayt tak leh bla kn mengalahkn PM nk g "Jelajah 1 Malaysia" Poluk kihkih..sobor je la..korg sy nk shear la sikit sebelum kita bercerita ttg tajuk entry kali ne, sy ne bersemangat and sgt teruja menunggu pilihan raya ke-13 (PRU13). Mungkin sesetengah masyarakat terutama generasi muda seperti sy dan korang juga rase tak mahu ambil peduli ttg isu ne malah ada yg tak mahu mendaftar sbg pemilih. Sy sesgt bimbang, mungkin sebab faktor berpolitik sekarang generasi muda belia Malaysia hari ini tidak minat untuk mengambil bhg dalam politik. Pada sy, kita perlulah sentiasa mengambil tahu masalah di dalam politik negara kita agar kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, lebih bersedia jika berlaku sebarang kemungkinan di dalam kepimpinan negara. Kita wajib memilih wakil kita. Ini bagi memastikan tiada pihak luar yang akan masuk campur dalam hal politik negara kita.

 Walau apa pun parti yang menang, kitalah penentunya. Namun, mereka tetap sayangkan Malaysia dan kitalah yang memilih mereka. Siapa yang layak, kitalah yang menilainya dengan mengambil tahu hal-hal dan perkara yang berlaku sekarang. Kitalah yang menyebabkan politik yang ada sekarang menjadi bersih atau kotor, atau apa sahaja. Kerana apa? Kerana kita sebagai pengundi, kita yang memilih mereka, sama ada mereka layak atau tidak, kita yang perlu menilai. Jadi, marilah sama-sama mendaftar untuk melayakkan kita mengundi di hari pengundian. hah cukup2 utk PRU13 ne karang tak berhenti2 pulak ceritanya ne..igt korg semua kita penentu masa dpn Malaysia..


okkk berbalik pada tajuk entry kali ini ttg definisi Model, Prototaip dan Moke-up. mungkin kita biasa dengar ttg model tp yg lg 2 tu jarang-jarang kita dengankan so sy akan kongsi kan pd semua apa dia..

Model 

1. Model adalah produk yang dihasilkan sebagai contoh dan objek rujukan
2. Model serupa dengan produk sebenar tetapi tidak berfungsi
3. Model dibuat dalam dua bentuk :

  •  Model luaran – bahagian ini menunjukkan bentuk luaransecara detail akan sesuatu produk
  • Model dalaman – bahagian ini menunjukkan bentuk dalaman secara detail akan sesuatu projek

                   Model Rumah                                          Model Kereta

4. Pelbagai bentuk model dapat dibuat untuk menghasilkan projek yang canggih  dan unik
5. Saiz model dapat dibuat dalam : 

  •  ukuran sebenar
  •  ukuran skala kecil
  •  ukuran skala besar

6. Model saiz sebenar penting untuk tujuan pengujian
7. Model boleh dibina daripada bahan seperti polisterin, kayu,kadbod, “Plaster   of Paris”, logam dan lain-lain bahan yang sesuai.
8. Sesi perbincangan dan kritikan perlu diadakan untuk memperbaiki
model berkaitan

 

Prototaip


                  Contoh Prototaip

 Manakala Prototaip adalah  lebih advance dari model dimana
ia memang sama seperti objek sebenar, serta boleh berfungsi macam objek betul TETAPI tiada kemasan macam objek yang betul..
diperbuat daripada bahan sebenar..dan.

 1. Prototaip bermaksud penghasilan produk ulung mengikut saiz sebenar    dan yang dapat berfungsi


2. Prototaip yang telah siap seharusnya tidak mempunyai kelemahan atau kecacatan kerana proses pembaikan dan pengujianan telah dilakukan sebelum itu


 

 Mock-up

Bentuknya adalah bentuk sebenar sesuatu objek juga dikenali sebagai model olok-olok (rekaan).
Dibuat sebelum model atau prototaip dibina.
Dibuat tanpa ukuran dan skala sebenar.
Tujuan dibuat untuk mendapat keseimbanagan bentuk struktur, saiz, kesesuaian bahan, keselamatan, penggunaan dan cara pembuatan.

 

Proses penghasilan Mock-up adalah tidak mengunakan bahan sebenar.

 

Thursday, 14 March 2013

FAKTOR REKABENTUK

 

4 Mac 2013

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia,hai semua ape khbr hope semua sihat2.
ok utk entry kali sy nk kongsi topic ttg faktor2 sesuatu rekabentuk..jom kita learn sama2..ayuh.

Terdapat 9 faktor rekabentuk iaitu:-

1. Fungsi

* Produk mestilah dapat menyelesaikan masalah.
* Fungsinya terhad atau pelbagai?
* Apakah kelebihan dari segi fungsi atau sebagainya? 
* sukar / tidak untuk dikendalikan?


2. Mesra penguna

Ciri-ciri mesra penguna ialah seperti :

* Senang / mudah digunakan

* Senang / mudah dikendalikan

* Senang / mudah disimpan

* Senang / mudah diselenggara

 

 

 

3. Ergonomik


 Kajian saintifik mengenai hubungan antaramanusia dengan persekitaran aktivitinya bagi menghasilkan produk yang bersesuaian dengan keperluan manusia. sesuatunya ergonomik mestilah mempunyai ciri-ciri seperti:-


  • Selesa dengan faktor fisologi
  • Selesa dengan faktor psikologi
  • Selesa dengan faktor sosiologi





4. Nilai komersial

Produk yang dihasilkan hendaklah mempunyai nilai komersial untuk pasarandan boleh dijual kepada pengguna. eg: cantik, warna yang menarik


 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5. Teknik pembuatan

Menitikberatkan:
  • Teknik yang digunakan untuk menghasilkan produk seperti tanggam, percantuman, kimpalan, rivet
  • Peralatan yang digunakan seperti gergaji, paku, skru, gam 
  • Sistem yang diperlukam seperti sistem elektronik/ sistem mekanikal.

 

6. kesesuian bahan

  • Mudah di dapati 
  • Murah 
  • Ringan 
  • Tahan lasak 
  • Tahan kelembapan 
  • Kuat 
  • Tidak mudah karat 
  • Keras

 

 

7.  Keselamatan

  1. Produk selamat digunakan
  2. Mesra pengguna
  3. Mesra alam
  4. Produk dapat menyelesaikan masalah

 

 

 

 

 

 

8.Nilai estitika

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Wana yang menarik

  • Rekabentuk menarik

  •  Kesesuaian fungsi mengikut keadaan

  • Memenuhi citarasa penguna

 

 

 

 

9. Kos

  • Kos Bahan yang digunakan berpatutan
  • Kos tidak terlalu mahal dan tidak terlalumurah

 

Halaman