Thursday 30 May 2013

PRINSIP REKA BENTUK

Assalamualaikum semua, ape khabar, harap semua orang sihat sejahtera..terutama mereka yang sedang membaca blog ini,semoga sentiasa dirahmati dan Dikasihi oleh ALLAH S.W.T serta di senangi oleh semua orang di sekeliling kita..

lama rasenya tidak berceloteh diblog ini, ialah sekarang ni terlalu sibuk dengan tugasan sebagai Mahasiswa hehehe,,,minggu ini merupakan study Week..minggu depan Final EXAM, doakan untuk saya yer.
entry kali ne saya sgt2 teruja untuk berkongsi mengenal PRINSIP REKA BENTUK


 Prinsip reka bentuk adalah konsep untuk menyusun maklumat visual. Ia merupakan satu gambaran tentang bagaimana kita mengamati dan memproses maklumat visual serta merupakan idea bagi menghasilkan imej dua dimensi. Prinsip reka bentuk akan membantu kita membuat keputusan tentang bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen reka bentuk.

Prinsip-prinsip reka bentuk :
 1. Keseimbangan
  •   Kestabilan memberikan kesan keseimbangan secara psikologi
  •  Sebagai prinsip reka bentuk, keseimbangan menempatkan komponen komponen visual dalam susunan yang menarik secara estetik
  •  Keseimbangan formal berlaku apabila dua sisi berada dalam keadaan susunan yang simetri
  • Keseimbangan informal terjadi apabila sisisisi tidak simetri secara tepat tetapi masih menghasilkan imej yang seimbang 
  • Keseimbangan informal bersifat dinamik berbanding dengan keseimbangan formal dan lazimnya dapat mengekalkan fokus seseorang terhadap mesej visual tersebut
  • Jenis-jenis keseimbangan :
    • keseimbangan mengufuk
    • keseimbangan menegak
    • keseimbangan radius 
      

 Susunan yang seimbang                                                          keseimbangan antara kerja dan kehidupan


                                              
 2. Perspektif
  • Perspektif dihasilkan apabila objek dalam ruangan dua dimensi disusun agar kelihatan lebih realistik
  • Perspektif memberikan makna hubungan antara objek-objek yang dilihat dalam suatu ruang
  • Perspektif mewujudkan sifat realisme kepada imej visual. Saiz satu segi empat kurang bermakna sehingga ada satu objek lain yang mampu memberikan kesan tambahan seperti saiz satu meja
    atau saiz satu bangunan
  • Persepsi boleh dicapai melalui penggunaan saiz objek yang relatif,  Objek yang bertindan, dan objek yang dikaburkan atau dijelaskan
                        

3. Harmoni
  • Harmoni bermakna semua komponen imej visual berhubungan dan melengkapi satu sama lain
  • Harmoni menggabungkan komponen-komponen suatu imej visual 
  • Harmoni boleh dicapai melalui pengulangan dan ritma.
  • Pengulangan menekankan unit-unit visual, menyambungkan bahagian dan menghasilkan satu kawasan perhatian.
  • Ritma merupakan pergerakan yang ditunjukkan dalam satu visual. Ritma membantu mengarahkan pergerakan mata.
  • Corak atau bentuk dapat membantu mencapai harmoni.Dengan mengulangi corak dalam susunan yang menarik, keseluruhan imej visual akan bersatu.
                               

4. Kesatuan atau Paduan
  • Kesatuan merupakan hubungan di antara elemen-elemen visual yang dapat menjadikan elemen tersebut bersatu dan bermakna. Ini bermakna, perkataan dan imej bersatu dan menghasilkan makna
  • Kesatuan membantu menyusun suatu imej visual, membantu interpretasi dan pemahaman
  • Visual ini mengelirukan. Perhubungan di antara pelbagai bahagian amat sukar untuk dilihat dan difahami.
  • Dengan kesatuan, visual ini sekarang lebih tersusun dan mudah untuk difahami.
                                                   

No comments:

Post a Comment

Halaman